TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara

TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang ALHAD TIME ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Hari ini, Artikel Berita Politik Terbaru, Artikel Berita Terhangat, Artikel Info Politik, Artikel Politik Indonesia, Artikel Politik Terbaru, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara
link : TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara


TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara

26 Oktober 2018


Super Lynx Mk100 of the Royal Malaysia Navy (photo : Ian Older)

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dilengkapkan dengan  helikopter  canggih termasuk yang mempunyai teknologi antikapal selam bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara dalam keadaan terbaik.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata perkara itu wajar diberi perhatian kerana kapal serta kapal selam negara asing menggunakan teknologi terkini serta canggih sehingga memerlukan TLDM mempunyai aset yang hebat untuk membuat pemantauan dari udara.

Selain itu, katanya penambahan aset helikopter itu juga perlu kerana TLDM hanya mempunyai 12 helikopter jenis Super Lynx dan Fennec yang dilihat tidak mencukupi bagi mengawal perairan negara yang luas termasuk perairan Sabah dan Sarawak.

“Kita boleh lihat di Laut China Selatan dan rantau-rantau lain, banyak negara telah dilengkapi dengan kapal selam dan kita memerlukan keupayaan helikopter yang mempunyai teknologi anti kapal selam untuk menjejakinya.

“Kita belum mempunyai helikopter anti kapal selam dan berharap kerajaan dapat menyediakan bajet pembelian enam kapal anti kapal selam pada Rancangan Malaysia Ke-12 nanti,” katanya selepas majlis Pengiktirafan Kejayaan 10,000 Jam Penerbangan Helikopter Super Lynx Mk 100 di sini hari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan enam helikopter jenis Super Lynx milik TLDM yang  berjaya mencapai jumlah terkumpul iaitu 10,000 jam penerbangan pada 31 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Mohamad Adib berkata TLDM bukan hanya cekap menggerakkan aset di laut, malah turut cemerlang mengendalikan aset udara dalam memastikan keselamatan perairan maritim negara terjamin.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan pencapaian Skuadron 501 di bawah Markas Udara TLDM yang berjaya mengendalikan enam helikopter jenis Super Lynx Mk 100 tanpa sebarang kemalangan nyawa sejak ia mula beroperasi pada 2003.

“Mungkin orang ramai hanya mengetahui TLDM hanya dilengkapi kapal-kapal perang tetapi sebenarnya kita mempunyai cawangan udara yang cemerlang.

“Keupayaan juruterbang dan kru penerbangan sentiasa di tahap tertinggi bagi memastikan keselamatan terjamin dan kita mempunyai kru teknikal dan jurutera yang cukup terlatih untuk melakukan pembaikan apabila helikopter mengalami kerosakan,” katanya.

(Sinar Harian)


Demikianlah Artikel TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara

Sekianlah artikel TLDM Perlu Helikopter Canggih Jaga Keselamatan Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Sponsor Situs Kami