Judul : Eksesais Perang Tioman Siri III 2018 Terbesar Selepas 10 Tahun
link : Eksesais Perang Tioman Siri III 2018 Terbesar Selepas 10 Tahun
Eksesais Perang Tioman Siri III 2018 Terbesar Selepas 10 Tahun
15 Juli 2018Eksesais Perang Tioman 2018 (all photos : TLDM)
KUANTAN (Bernama) -- Eksesais Perang Tioman siri tiga 2018 yang melibatkan hampir 900 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan yang terbesar selepas kali terakhir diadakan 10 tahun lalu.
Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata eksesais selama tiga hari bermula 27 Jun lalu melibatkan kerjasama antara Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Tanjung Gelang dan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) Lumut, Perak.
Selain itu, sebanyak 10 kapal TLDM, dua buah helikopter dari Lumut MPAB dan dua pesawat pejuang dari pangkalan tentera di Gong Kedak, Kelantan terlibat dalam eksesais yang diadakan di perairan Laut China Selatan.
"Latihan ini bertujuan menguji kompetensi anggota dan memastikan kesiapsiagaan aset pada tahap tertinggi selain memastikan perairan negara selamat daripada pencerobohan kapal asing."
"Eksesais seperti ini akan diadakan dari semasa ke semasa supaya anggota kita cekap dan berkebolehan menghadapi senario peperangan dan sebagai pendedahan kepada Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela jika mereka mengikutinya," katanya kepada Bernama di Mawilla 1 di sini, hari ini.
Mohamad Adib menambah eksesais kali ini dimulakan dengan 'Latihan Janggal' melibatkan simulasi serangan sabotaj dari pihak musuh terhadap aset di pangkalan sebelum 'kapal TLDM diarahkan keluar bagi berdepan musuh'.
(Bernama)
Demikianlah Artikel Eksesais Perang Tioman Siri III 2018 Terbesar Selepas 10 Tahun
Sekianlah artikel Eksesais Perang Tioman Siri III 2018 Terbesar Selepas 10 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.