KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur

KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang ALHAD TIME ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Hari ini, Artikel Berita Politik Terbaru, Artikel Berita Terhangat, Artikel Info Politik, Artikel Politik Indonesia, Artikel Politik Terbaru, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur
link : KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur


KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur

21 Maret 2018


KAPAL Maritim Km Tok Bali yang sedang dalam pembinaan bakal digunakan untuk memantau perairan negara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mulai April depan. (photo : Berita Harian)

KUANTAN: Keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga perairan pantai timur Semenanjung

Malaysia akan diperkuatkan dengan kehadiran kapal maritim baharu iaitu KM Tok Bali pada penghujung April depan.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar, berkata kapal ronda generasi baru dengan teknologi terkini itu adalah kapal buatan tempatan dan akan ditempatkan di Markas Maritim, Tok Bali, Kelantan.

Beliau berkata, kapal dilengkapi dengan pesawat tanpa juruterbang (UAV) berperanan dalam melakukan tugas rondaan dan pemantauan di kawasan operasi selain dilengkapi dengan selaras meriam Aselsan SMASH 30mm dari jenis Remote Controlled Stabilised Weapon Station.

"KM Tok Bali adalah kapal besar yang mampu berada di kawasan perairan dalam jangka 10 hari dan mampu membawa lebih muatan seperti bahan api dan makanan untuk kegunaan ketika operasi di kawasan perairan wilayah timur.

"Kita yakin dengan kemampuan aset baharu ini terutama dalam menjalankan tugas rondaan kerana ia boleh membawa 41 kru dalam satu masa sekali gus menjadikannya aset terkini dalam mengawal perairan negara," katanya ketika ditemui NSTP, di sini, baru-baru ini.

Zulkarnain berkata, kapal yang dibina di Limbungan Destini Berhad di Pelabuhan Klang adalah satu daripada enam kapal yang dibina bagi mengukuhkan lagi kemampuan aset sedia ada dalam inventori APMM serta Wilayah Maritim Timur.

Katanya, kapal pertama bagi kelas itu sudah dirasmikan pada sambutan LIMA 2017 di Pulau Langkawi, Kedah dan setakat ini sudah ada tiga kapal iaitu KM Bagan Datuk di Daerah Maritim Klang, KM Sri Aman di Daerah Maritim Kuching, KM Kota Belud di Daerah Maritim Sandakan.

Difahamkan, dua lagi kapal dari jenis sama iaitu KM Kota Kinabalu di Daerah Maritim Kota Kinabalu dan KM Lahad Datu di Daerah Maritim Tawau bakal dilancarkan sebaik proses pembinaannya selesai.

Zulkarnain berkata, penggunaan aset lebih canggih itu mampu menangani masalah pencerobohan nelayan asing terutama dari Vietnam pihaknya kerana ia membolehkan pihaknyamelakukan tugas merisik dan menyalurkan maklumat seperti dimiliki KM Tok Bali.

"KM Tok Bali mempunyai dron yang akan kita terbangkan di kawasan operasi, melalui maklumat pemantauan dilakukan kita boleh menghantar bot peronda dalam jangka masa singkat.

"Secara tidak langsung keberkesanan operasi mampu dipertingkatkan kerana kawasan perairan wilayah timur sangat luas, jadi ketibaan aset ini memang tepat pada waktunya," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini APMM Wilayah Timur mempunyai 16 bot dan 12 kapal untuk melakukan tugas pengawasan

perairan di wilayah itu dengan sekurang-kurangnya enam kapal akan belayar setiap hari.

Info KM Tok Bali

* Kapal KM Tok Bali dilengkapi dengan sistem Automatic Identification System (AIS) dan Foward Looking Infrared (FLIR) System bagi memastikan tugasan penguatkuasaan secara 3 dimensi di sektor rondaan lebih berkesan.

* Ukuran panjang keseluruhan 45 meter dengan lebar 7.7 meter serta berat 297 tan.

* Mampu belayar sehingga 2,000 batu nautika dengan kelajuan 24knot.

(Berita Harian)


Demikianlah Artikel KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur

Sekianlah artikel KM Tok Bali NGPC Perkukuh Keselamatan Pantai Timur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Sponsor Situs Kami